..My LiFe PaTh..

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 8, 2011

..Periksalah Sekali Lagi..


Almost everyday, I've seek for Allah s.w.t forgiveness..

Almost everyday, I asked Allah "please show me the right path.."

Almost everyday, I pray to ALLah.. please... show me the right way.. bless me Ya Allah,

Saban Hari aku berdoa..
Berikan ku rahmat-Mu, Petunjuk dari Mu Ya Allah..
Kurniakan ku Hidayah dari-Mu Ya Allah.. Berkatilah hidupku Ya Allah..

Tapi kenapa.. aku masih gelisah..
hidup ku resah.. sepi..duka..
Tapi kenapa.. aku masih menjadi anak yg derhaka kepada orang tuanya?
Mengapa aku masih lagi menyakiti hati orang tua ku?
Mengapa aku masih lagi menyakiti hati adik-adik ku?
saudara-saudara ku.. rakan-rakan ku...
Mengapa aku masih lagi melakukan perkara-perkara salah.. yg berdosa..
Mengapa Ya Allah..Mengapa..

Lantas, terdetik suara halus dalam diriku.. bertanya kan kepada ku..
Sempurnakah Amalan ku?
Sempurnakah Solat ku? Wudhuk ku? Pakaian ku?
Sempurnakah semua itu?
Adakah aku mengerjakan soLat di Awal waktu?
Adakah aku sentiasa membantu saudara-mara ku ketika mereka memerlukan bantuan ku?
Adakah aku sentiasa mengingati Allah sepanjang hari ku?
Atau hanya ketika masa susah ku?
Allahuakbar..astaghfirullahhalazim (3x)..


Jelas kini..semuanya salah diri ini..masih terdapat kekurangan dalam diriku Ya Allah..
Masih banyak yg perlu diperbaiki.. dan aku percaya, jika tidak hari ini.. pasti suatu hari nanti pasti akan termakbul jua doa-doa yg ku pinta kepada mu Ya Allah.. kerana sesungguhnya Engkau adalah Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Semua ini adalah dugaan dari-Mu dan akan ku tabah menghadapi ujian dari mu ini Ya Allah.. kerana sesungguhnya aku percaya bahawa tidak akan diuji seseorang hamba-Nya di luar kemampuan mereka..

**kawan2..marilah kita bersama2 sentiasa muhasabah diri kita.. periksa diri kita.. di mana silap kita..sempurna kah amalan kita? kerana kita sebagai manusia dan hamba-Nya kita tidak akan dapat lari daripada melakukan dosa.. dan ingat kawan2.. Hablu minnallah & Hablu Minnanas (Hubungan dgn allah dan Hubungan sesama Insan) hendaklah sentiasa kita jaga.. insyaallah.. (^_^

No comments: